Sony hari ini mengumumkan Jim Ryan kini dilatink sebagai Presiden dan ketua pengawal eksekutif baharu untuk Sony Interactive Entertainment (SIE) yang menggantikan John Kodera.

Manakala John Kodera akan mengambil jawatan Jim Ryan sebelum ini sebagai Naib Presiden untuk SIE. Dengan kata lain, Jim Ryan dan John Koderan bertukar jawatan.

Keputusan ini dibuat bagi membolehkan John Kodera untuk memfokuskan kerja beliau untuk meningkatkan kualiti servis dalam talian bagi PlayStation dan Jim Ryan dapat mengetuai SIE secara keseluruhan.

Menurut John Kodera lagi, perkembangan industri permainan video adalah melalui servis di dalam talian yang memperlihatkan pelbagai persaingan mula melibatkan diri di bahagian ini.

Jim Ryan mula menyertai SIE pada tahun 1994 iaitu SIE Eropah dan telah memegang pelbagai jawatan termasuk juga president untuk SIE Eropah. Beliau telah menjadi naib presiden untuk SIE sejak setahun yang lepas.

Sohor Kini