System Shock 3 merupakan permainan terbaru buat siri System Shock yang merupakan permainan pertama kali dikeluarkan pada tahun 1994. Permainan tersebut kini sedang dibangunkan oleh OtherSide Entertainment.

Sebelum ini permainan tersebut akan diterbitkan oleh Starbreeze iaitu syarikat yang menerbitkan Overkill’s The Walking Dead. Mereka juga menyumbang sebahagian daripada kos pembangunan permainan tersebut.

Namun, Starbreeze yang kini mempunyai pelbagai masalah seperti peletakan jawatan ketua pengawal eksekutif mereka serta sedang mengalami masalah kewangan bersetuju untuk menjual kembali hak penerbitan System Shock 3 kepada pembangun permainan tersebut.

OtherSide Entertainment dikatakan akan membayar semula sumbangan yang diberikan oleh Starbreeze untuk pembangunan permainan tersebut bagi mendapat semula hak penerbitan.

Dengan mendapat semula hak penerbitan ini, OtherSide Entertainment boleh mencari syarikat lain yang mungkin boleh memberi sokongan yang lebih baik berbanding Starbreeze yang sekarang mempunyai pelbagai masalah.

System Shock 3 buat masa ini tidak mempunyai sebarang tarikh pengeluaran, namun ia diumumkan untuk Playstation 4, Xbox One dan PC.

Sohor Kini