Informasi Permainan Video Terkini
Total War: Three Kingdoms Tertunda Sekali Lagi – Akan Dikeluarkan Pada Mei 2019

Total War: Three Kingdoms Tertunda Sekali Lagi – Akan Dikeluarkan Pada Mei 2019

Diterbitkan pada Feb 12, 2019 oleh .

SEGA pada awalnya merancang untuk mengeluarkan Total War: Three Kingdoms pada akhir tahun 2019, namun ia tertunda ke 7 Mac 2019. Hari ini, mereka mengumumkan yang permainan tersebut tertunda sekali lagi ke 23 Mei 2019.

Berdasarkan penulisan di laman rasmi permainan tersebut, mereka mengatakan ingin menjadikan permainan baharu buat siri Total War ini satu permainan yang kompleks, oleh disebabkan itu mereka memerlukan lebih banyak masa untuk memastikan ia dikeluarkan dengan baik.

Penundaan ini juga akan memberikan masa kepada mereka untuk menampal sebarang pepijat yang terdapat di dalam permainan tersebut.

Three Kingdoms berlaku ketika tahun 190 dan pada masa itu China dalam keadaan darurat. Han Dynasty menjadi lemah kerana mempunyai emperor yang masih muda dan hanya menjadi simbol, pemerintah sebenar adalah ketua perang Dong Zhuo yang mana beliau memerintah China dengan sangat kejam.


TIPS & ULASAN