Informasi Permainan Video Terkini
Alita Battle Angel Menerima Kutipan Sebanyak RM128 Juta Dalam Masa Satu Minggu

Alita Battle Angel Menerima Kutipan Sebanyak RM128 Juta Dalam Masa Satu Minggu

Diterbitkan pada Feb 12, 2019 oleh .

Alita Battle Angel adalah filem yang diadaptasi daripada komik Battle Angel Alita yang dihasilkan oleh Yukito Kishiro. Filem ini pula dihasilkan oleh James Cameran dan mendapat puijian ramai. Malahan, Yukito sendiri memuji filem ini kerana perkara penting dalam komik tidak diubah dalam filem. Filemnya juga mempunyai banyak persamaan dengan komik, dari segi perwatakan, karakter, personaliti dan banyak lagi.

Terkini, melalui Box Office Mojo – kutipan buat filem Alita Battle Angel telah mencapai sebanyak $31 Juta, iaitu sekitar RM128 Juta. Kutipan ini hanyalah daripada 11 negara yang telah ditayangkan, kerana filem ini ditayangkan awal di Asia berbanding Amerika Syarikat yang hanya akan ditayangkan bermula 14 Februari kelak.

Di Malaysia, menurut Deadline – filem ini mendapat kutipan sebanyak $2.9 Juta iaitu sekitar RM11.8 Juta. Tidak dinafikan filem ini agak menarik, dengan visual, grafik dan sinematik daripada James Cameron pula – ia membuatkan ramai teruja dengan filem ini. Tonton ulasan Alita Battle Angel daripada kami, melalui pautan di bawah.


TIPS & ULASAN