Two Point Hospital merupakan permainan simulasi hospital yang diinspirasikan berdasarkan permainan Theme Hospital yang dilancarkan beberapa tahun lepas. Permainan tersebut telah pun dilancarkan tahun lepas di PC dan kami di Aksiz juga telah pun membuat ulasan penuh berkenaannya.
Terkini, Two Point mengumumkan bahawa mereka akan mengemaskini permainan tersebut dengan fungsi mengubah suai reka bentuk dalaman. Melaluinya, pemain mempunyai kebebasan untuk mengubah suai pelbagai rekaan seperti lantai, dinding dan sebagainya. Menariknya, pemain juga berupaya untuk memuat naik imej pemain tersendiri untuk jadikan sebagai poster dinding ataupun karpet di lantai.
Sememangnya ini adalah kemaskini yang menarik dan membuka lebih banyak kebebasan untuk rekaan hospital buat pemain. Malah apa yang harus dipuji adalah kemaskini ini adalah percuma dan ianya kini boleh dimuat-turun melalui kemaskini permainan.
Bagi anda yang bermain Two Point Hospital, adakah anda menyukai fungsi ini? Kongsikan rekaan hospital bersama kami dan anda juga boleh kongsikan sebarang imej-imej pilihan anda melalui Steam Workshop.