World War Z iaitu permainan zombi berpasukan dibangunkan oleh Saber Interactive dan dilancarkan Focus Home Interactive. Permainan ini dirancang untuk tiba pada tahun ini di Playstation 4, Xbox One dan PC melalui Epic Games Store.

Terkini, Saber Interactive berkongsi satu video khas yang mana mereka memperlihatkan bentuk permainan berpasukan yang memfokuskan bentuk pemain lawan pemain lawan zombi.

Ini sekaligus meletakkan satu pasukan pemain yang terdiri daripada empat pemain untuk bertempur empat lagi pemain lain dan pada masa yang sama juga perlu menahan diri daripada diserang oleh zombi-zombi.

Menariknya, permainan World War Z ini juga memfokuskan bentuk kelas watak yang berbeza dengan pelbagai jenis senjata bersama-sama dengan pelbagai lokasi permainan seperti di New York, Jurusalem dan Moscow.

Sememangnya permainan ini adalah berdasarkan buku terkenal World War Z yang mana sebelum ini ianya juga diadaptasikan kepada satu filem pada 2013 lepas.

Sohor Kini