Jump Force, iaitu permainan perlawanan seterusnya oleh Bandai Namco bakal tiba tidak lama lagi dan hari ini, Bandai Namco memperlihatkan satu video khas sempena pelancaran permainan tersebut.
Melalui, Bandai Namco memperlihatkan sebilangan adegan-adegan permainan tersebut bersama-sama watak-watak yang pemain boleh mainkan. Seperti yang kami laporkan sebelum ini, permainan ini bakal mempunyai lebih dari 40 watak yang pemain boleh gunakan yang mana ianya terdiri dari pelbagai watak anime atau manga terkenal dari Shonen Jump seperti Dragon Ball, One Piece, JoJo’s Bizarre Adventure dan sebagainya.
Jump Force akan dikeluarkan pada 15 Februari 2019 untuk Playstation 4, Xbox One dan PC.