Informasi Permainan Video Terkini
Penggodam GTA Online Diarahkan Membayar Take-Two Sebanyak RM610 Ribu

Penggodam GTA Online Diarahkan Membayar Take-Two Sebanyak RM610 Ribu

Diterbitkan pada Feb 11, 2019 oleh .

Pada tahun lepas, Take-Two Interactive memfailkan saman ke atas Jhonny Perez yang menghasilkan cheat ‘Elusive’. Saman tersebut dilakukan selepas Perez tidak memberi sebarang jawab balas selepas diminta oleh Take-Two untuk menyelesaikan masalah tersebut di luar mahkamah.

Hari ini, mahkamah persekutuan New York meminta Jhonny Perez untuk membayar $150 ribu(~RM610 ribu) iaitu jumlah maksimum yang boleh dikenakan atas kesalahan pelanggaran hak cipta.

Melalui aplikasi Elusive, pemain yang menggunakannya akan mendapat pelbagai kelebihan yang menjadikan bentuk permainan GTA Online tidak seimbang. Ia juga membolehkan pemain mendapat mata wang maya tanpa membeli.

Aplikasi tersebut dijual dengan harga bermula $10 sehingga $30 bergantung kepada jenis yang diinginkan oleh pemain. Ia sudah dihentikan jualan pada tahun lepas selepas Take-Two Interactive menghubungi Jhonny Perez.



TIPS & ULASAN