Informasi Permainan Video Terkini
TCA: Cyborg Dalam Doom Patrol Berada Dalam Dunia Tersendiri, Tiada Kaitan Dengan Justice League

TCA: Cyborg Dalam Doom Patrol Berada Dalam Dunia Tersendiri, Tiada Kaitan Dengan Justice League

Diterbitkan pada Feb 11, 2019 oleh .

Television Critics Associations atau TCA adalah satu organisasi yang terdiri daripada lebih 200 wartawan yang pakar dalam rancangan televisyen. Sebelum ini, kami telah laporkan mengenai Batman dalam Gotham. Kini giliran Doom Patrol pula.

Jika anda ikuti laporan kami sejak siri TV Titans, anda akan perasan beberapa artikel mengenai Doom Patrol. Salah satu watak Doom Patrol yang mengejutkan kami adalah Cyborg. Jika Cyborg sudah pun berada dalam Justice League di mana ia dilakonkan oleh Ray Fisher dan Cyborg ini terjadi disebabkan eksperimen oleh bapa kepada Victor Stone. Bagaimana pula dengan Cyborg dalam Doom Patrol? Beliau dilakonkan oleh Joiven Wade dan bukankah semua ahli pasukan Doom Patrol adalah hasil eksperimen The Chief? Siapa Cyborg dalam Doom Patrol ini?

Dalam TCA, penerbit eksekutif Sarah Schecter yang mana Cyborg dalam Doom Patrol dan Justice League tiada kaitan langsung. Menurut beliau, seperti komik DC yang banyak versi dan dunia – begitu jugalah Cyborg. Seperti siri TV DC dari CW (Arrowverse) dan DCEU, setiap filem dan siri adalah dalam dunia DC yang tersendiri. Begitu juga Doom Patrol, Cyborg dalam siri ini adalah dalam dunia yang tersendiri dan jika berkait pun – ia hanya berkait dengan Titans. Cyborg dalam siri ini juga masih ‘muda’ dan baru ingin berjinak dengan kuasa beliau.

Tambahan pencipta siri ini, Jeremy Carver – Cyrborg siri ini adalah berdasarkan daripada gabungan komik Grant Morrison dan komik Silver Age. Menarik sekali, watak-watak seperti Beard Hunter, Celsius, Lodestone, dan Danny the Street turut dikatakan akan hadir dalam siri TV ini. Doom Patrol akan disiarkan di platform penstriman DC Universe bermula 15 Februari ini.


TIPS & ULASAN