Informasi Permainan Video Terkini
Pengarah Devil May Cry 5 Lebih Berminat Menghasilkan Permainan Baharu Berbanding Olahan Semula

Pengarah Devil May Cry 5 Lebih Berminat Menghasilkan Permainan Baharu Berbanding Olahan Semula

Diterbitkan pada Feb 11, 2019 oleh .

Dengan kejayaan Resident Evil 2 Remake, mungkin ramai tertanya jika Devil May Cry juga akan menerima sesuatu yang sama. VideoGamer mengambil peluang untuk menanyakan soalan tersebut kepada pengarah Devil May Cry 5 Hideaki Itsuno.

Beliau mengatakan jika diberi pilihan untuk membangun olahan semula untuk Devil May Cry ataupun Devil May Cry 6, beliau lebih berminat untuk menghasilkan sesuatu yang baharu.

Walaupun permainan olahan semula boleh menjadi sesuatu yang sebaik permainan baharu, akan tetapi permainan baharu sudah semestinya lebih digemari oleh pemain terutama ia akan mengembangkan lagi permainan tersebut.


TIPS & ULASAN