Skip to main content

Aladdin adalah salah satu daripada filem animasi klasik Disney yang diadaptasi untuk sebuah filem aksi-nyata. Antara perkara yang mengejutkan orang ramai adalah watak Jin dilakonkan oleh Will Smith dan pada poster awal, beliau tidak berwarna biru seperti animasi.

Kemudian, Will Smith telah mengesahkan akan ada versi Jin berwarna biru yang diCGIkan dalam filem. Akhirnya, dalam video acah terkini Jin berwarna biru versi Will Smith ini telah diperlihatkan. Disebabkan ia adalah versi CGI dan bukanya kostum atau mekap biru, ia kelihatan sedikit pelik. Bagaimana prestasi Will Smith dalam filem ini masih menjadi misteri, tetapi dari segi video acah dan beberapa poster – kita mungkin akan lihat aksi lucu Will Smith seperti dalam filem Men In Black.

Selain daripada itu, Jafar, Jasmine, Abu (Si Monyet) dan Labo (Si Burung Nuri) turut diperlihatkan dengan lebih jelas. Adakah jalan ceritanya akan selari dengan animasi klasik atau akan ada perubahan? Itu masih tidak pasti, tetapi setakat ini apa yang kita ketahui hanya kostum setiap watak sahaja yang tidak sama – apa-apa pun mari kita nantikan tayangan filem ini yang dijadualkan pada 24 Mei 2019.

Leave a Reply