Informasi Permainan Video Terkini
Fortnite Untuk iOS Mencatat Pendapatan Sebanyak 2 Bilion Selepas Kurang Setahun Dikeluarkan

Fortnite Untuk iOS Mencatat Pendapatan Sebanyak 2 Bilion Selepas Kurang Setahun Dikeluarkan

Diterbitkan pada Feb 11, 2019 oleh .

Tahun lepas kami melaporkan yang Fortnite untuk iOS mencatat pendapatan sebanyak RM 1.2 Bilion selepas 200 hari dikeluarkan. Kini, selepas 326 hari, permainan mudah alih tersebut mencatat pendapatan sebanyak $500 juta (~RM2 bilion).

Jumlah tersebut adalah berdasarkan anggaran yang dikeluarkan oleh Sensor Tower. Mereka juga mengatakan, Fortnite merupakan terpantas yang mencatat jumlah tersebut berbanding rekod sebelum ini Clash Royale yang mengambil masa 389 hari.

Amerika Syarikat merupakan penyumbang terbesar dengan menyumbangkan 64% daripada jumlah tersebut. Oleh disebabkan Epic Games mengeluarkan Fortnite untuk Android secara sendiri, tiada data yang dikongsikan.


TIPS & ULASAN