Informasi Permainan Video Terkini
Lagi Video Acah Dumbo Dikongsikan, Kisah Anak Gajah Comel Yang Boleh Terbang

Lagi Video Acah Dumbo Dikongsikan, Kisah Anak Gajah Comel Yang Boleh Terbang

Diterbitkan pada Feb 11, 2019 oleh .

Dumbo adalah filem aksi-nyata Disney berdasarkan filem animasi klasik pada tahun 1941. Filem in akan ditayangkan pada 29 Mac 2019 kelak. Terkini, Disney telah kongsikan satu video acah melalui akaun Twitter rasmi mereka. Ia memperlihatkan persembahan Dumbo di dalam sarkas dengan kebolehan anak gajah comel ini terbang.

Filem aksi-nyata Dumbo ini dihasilkan oleh Tim Burton. Ramai yang tahu, filem-filem Tim Burton ini kebiasaannya adalah pelik, ‘gelap’, misteri dan juga muzikal. Bagaimana imaginasi beliau buat filem Dumbo harus kita saksikan filem ini pada bulan Mac kelak.

Jalan cerita Dumbo versi aksi-nyata adalah sedikit berbeza dengan animasi klasik. Versi filem ini akan perlihatkan lebih pengembaraan anak gajah comel yang boleh terbang ini. Sama-sama kita saksikan lakonan Danny DeVito, Colin Farrell dan Michael Keaton sebagai Max Medici, Holt Farrier dan V.A. Vandevere tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN