Alita Battle Angel adalah filem aksi yang baru sahaja ditayangkan minggu lepas. Filem ini adalah adaptasi daripada komik Battle Angel Alita yang dihasilkan oleh Yukito Kishiro.

Terkini, Yukito Kishiro telah kongsikan pendapat beliau mengenai adaptasi filem ini. Menurut beliau, perkara penting dalam komik yang disampaikan dalam filem adalah sangat baik. Kemudian, emosi setiap watak juga bagus dan membuatkan beliau rasa gembira. Bersama-sama dengan pendapat beliau, satu poster hasil lukisan beliau sendiri turut dikongsikan.

Filem Alita Battle Angel sudah pun ditayangkan sejak 5 Februari lepas. Anda masih boleh saksikan filem ini di pawagam. Kami juga membuat ulasan buat filem ini dan anda boleh tonton melalui pautan di bawah.

Sohor Kini