Alfred Pennyworth adalah pembantu peribadi Batman. Kita sudah lihat banyak versi Alfred dalam banyak filem dan juga dalam siri TV Gotham. Antara sejarah Alfred yang kita tahu adalah, beliau seorang bekas askar yang kemudiannya bekerja sebagai pembantu peribadi Bruce Wayne dan juga Batman.
Terkini, satu siri TV khas buat Alfred dilihat akan disiarkan tidak lama lagi. Dengan judul ‘Pennyworth‘, siri TV ini akan mengisahkan sejarah hidup Alfred pada tahun 1960-an dan berada di London (versi Gotham). Siri ini juga akan memperlihatkan bagaimana Alfred bangunkan syarikat sekuriti tersendiri beliau. Alfred Pennyworth versi ini akan dilakonkan oleh Jack Bannon bersama-sama dengan Ben Aldridge sebagai Thomas Wayne versi muda.
Siri ini turut dikatakan akan mempunyai elemen ganas dan kerjasama antara Alfred dan Thomas. Siri TV ini diterbitkan oleh EPIX, iaitu syarikat penyiaran di Amerika Syarikat dan akan mulakan siaran pada bulan Jun 2019. Jadi tidak pasti jika ‘Pennyworth’ akan disiarkan melalui Netflix atau platform lain yang boleh diakses di Malaysia.