Informasi Permainan Video Terkini
Mr. Nobody Diperlihatkan Dalam Video Acah Baru Doom Patrol

Mr. Nobody Diperlihatkan Dalam Video Acah Baru Doom Patrol

Diterbitkan pada Feb 11, 2019 oleh .

Doom Patrol adalah siri TV kedua buat platform pernstriman DC Universe. Ia adalah kisah pasukan adiwira yang pelik, kerana setiap ahli adalah hasil dari eksperimen The Chief. Bagi yang mengikuti komik DC, salah seorang penjahat dalam Doom Patrol adalah Mr. Nobody dan penjahat ini telah diperlihatkan dalam video acah terbaru.

Mr. Nobody dalam Doom Patrol dilakonkan oleh Alan Tudyk. Kuasa Mr. Nobody adalah meresap kewarasan seseorang dan kuasa ini diterima selepas beliau menjalani satu eksperimen oleh bekas Nazi. Mr. Nobody adalah seorang penjahat yang tubuhnya adalah seakan bayang-bayang dan berada dalam keadaan 2-dimensi.

Adakah Mr. Nobody penjahat utama dalam Doom Patrol atau ada penjahat lain? Bagaimana pula prestasi Alan Tudyk sebagai Mr. Nobody? Semua ini akan terjawab dalam siri Doom Patrol yang akan disiarkan bermula 15 Februari ini di platform DC Universe.


TIPS & ULASAN