Warner Bros. dan Level-5 hari ini mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan filem anime khas Ni No Kuni dan ianya akan ditayangkan tahun ini di Jepun. Buat masa ini, bagi tayangan global, Warner Bros. tidak berkongsi sebarang informasi berkenaannya.

Filem tersebut akan dianimasikan oleh studio OLM, Inc dimana mereka terkenal dengan siri anime seperti Yo-Kai Watch dan Inazuma Eleven.

Bagi anda yang tidak mengetahui berkenaan Ni No Kuni, ianya adalah siri permainan JRPG yang dilancarkan di Nintendo DS pada 2010 lepas iaitu Ni no Kuni: Dominion of the Dark Djinn. Siri tersebut kemudian dikembangkan lagi dengan Ni No Kuni: Wrath Of White Witch dan Ni No Kuni II: The Revenant Kingdom.

Buat masa ini, tidak banyak yang dikongsikan. Namun berdasarkan lakaran imej konsep yang dipertontonkan, ianya kelihatan akan memfokuskan watka baharu dan mempunyai penceritaannya tersendiri.

Seperti biasa, kami akan berkongsi jika terdapat sebarang pengumuman tambahan.

Sohor Kini