Ace Combat 7: Skies Unknown baru sahaja dilancarkan bulan lepas dan kami di Aksiz juga sangat menyukainya dengan bentuk permainannya yang sukar dicampur dengan simulasi jet pejuang yang sangat menarik.
Terkini, Bandai Namco tampaknya memperacahkan kandungan DLC seterusnya bakal tiba buat permainan tersebut melalui satu video acah yang memperlihatkan sebilangan bentuk perbualan antara dua individu.
Sememangnya buat masa ini, video ini hanyalah satu video acah untuk DLC permainan tersebut. Bagi anda yang tidak sabar dan ingin mendapatkan pas musim permainan tersebut, ianya juga kini telah dijual melalui kedai digital PSN dengan harga sekitar RM89.
Ace Combat 7: Skies Unknown merupakan permainan simulasi jet pejuang oleh Bandai Namco. Permainan tersebut telah pun dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan juga PC. Kami di Aksiz juga telah mengulas permainan tersebut dimana anda boleh membacanya dibawah.