Informasi Permainan Video Terkini
Platinum Games Berkongsi Video Khas Sekitar Ofis Mereka Di Osaka, Jepun

Platinum Games Berkongsi Video Khas Sekitar Ofis Mereka Di Osaka, Jepun

Diterbitkan pada Feb 10, 2019 oleh .

Bagi anda yang ingin melihat bagaimana dan dimana permainan-permainan seperti Metal Gear Rising Revengence, NieR: Automata dan Bayonetta dibangunkan, Platinum Games iaitu pembangun untuk kesemua permainan tersebut minggu ini berkongsi satu video khas yang mana mereka memperlihatkan studio dan ofis mereka.

Bertempatkan di Osaka, Jepun, Platinum Games mula didirikan pada 2007 lepas dimana pengasasnya terdiri daripada bekas pembangun dari Capcom seperti Shinji Mikami, Atsushi Inaba, Tatsuya Minami dan Hideki Kamiya.

Antara permainan yang dilaporkan sedang dibangunkan oleh mereka buat masa ini adalah Babylon’s Fall bersama Square-Enix dan Bayonetta 3 bersama Nintendo.

Bagi anda yang ingin menonton video sekitar ofis Platinum Games, anda boleh menontonnya dibawah.


TIPS & ULASAN