Informasi Permainan Video Terkini
AdHoc Studio – Studio Baharu Oleh Bekas Pembangun Dari Telltale Games

AdHoc Studio – Studio Baharu Oleh Bekas Pembangun Dari Telltale Games

Diterbitkan pada Feb 10, 2019 oleh .

Bagi anda yang mengikuti laporan kami berkenaan studio pembangun Telltale Games, anda pasti mengetahui dimana studio tersebut telah ditutup pada tahun lepas dan permainan terakhir mereka, The Walking Dead: The Final Season kini sedang dibangunkan oleh Skybound Games. Mahupun begitu, permainan tersebut kini sememangnya dibangunkan oleh pembangun-pembangun asal dari Telltale Games.

Terkini, empat daripada bekas pembangun dari Telltale Games mendirikan studio pembangun permainan mereka sendiri yang dinamakan AdHoc Studio. Studio tersebut terdiri daripada Nick Herman, Dennis Lenart, Piere Shorette dan Michael Choung dimana mereka asalnya meninggalkan Telltale Games beberapa tahun sebelum studio tersebut ditutup. 3 daripada pembangun tersebut juga sebelum ini menyertai Ubisoft sebelum mendirikan AdHoc Studio ini.

Menurut mereka, AdHoc Studio masih lagi akan terlibat dengan pembangun permainan bergenre pengembaraan, namun mereka lebih berminat untuk menghasilkan bentuk permainan FMV (Full Motion Video) seperti filem Netflix Black Mirror: Bandersnatch.

Buat masa ini, AdHoc Studio tidak berkongsi sebarang nama mahupun projek permainan dan seperti biasa, kami akan laporkan jika terdapat sebarang pengumuman oleh mereka.


TIPS & ULASAN