Skip to main content

Tidak dapat dinafikan salah satu studio pembangun permainan terkenal tahun lepas dengan permainan Marvel’s Spider-Man, iaitu Insomniac Games mendapat pelbagai pujian ramai dengan sokongan peminat sempena pelancaran permainan tersebut.

Terkini, sempena ulang tahun ke-25 buat studio tersebut, Ted Price iaitu pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif buat Insomniac Games memperlihatkan satu video yang mana mereka berkongsi sebilangan kejayaan dan budaya kerja mereka.

Sudah semestinya Insomniac Games bukan sahaja membangunkan permainan Marvel’s Spider-Man, malah mereka juga terkenal dengan siri permainan Ratchet and Clank, Spyro dan juga permainan Sunset Overdrive yang dilancarkan baru-baru ini di PC.

Terkini, Insomniac Games dilaporkan sedang membangunkan permainan Stormland, iaitu permainan realiti-maya khas yang bakal tiba di Oculus Rift.

Walaupun begitu, bagi anda yang menanti permainan seterusnya buat siri Marvel’s Spider-Man, kami percaya ianya bakal tiba pada masa akan datang dimana permainan tersebut berjaya mendapat hasil jualan yang sangat baik sebelum ini.

Dengan ini, kami juga ingin mengucapkan tahniah buat Insomniac Games atas kejayaan mereka dan bagi anda yang ingin memberi sokongan terhadap Insomniac Games, mereka juga sering mengadakan siaran strim langsung melalui saluran rasmi Youtube Insomniac Games dan anda juga boleh mengikuti Facebook dan Twitter rasmi mereka.

Leave a Reply