Pada tahun lepas, bersama dengan pengumuman Sony membenarkan fungsi rentas platform untuk Fortnite, Epic Games mengumumkan yang mereka bakal membolehkan pemain menggabungkan dua akaun milik mereka.
Namun, oleh disebabkan fungsi ini adalah untuk menyelesaikan masalah kerana pemain tidak boleh menggunakan akaun yang digunakan di PS4 untuk bermain di Xbox One dan Nintendo Switch ia hanya terhad untuk kes tersebut sahaja.
Salah satu akaun anda mesti pernah digunakan untuk bermain di Xbox One atau/dan Switch dan satu lagi akaun pernah digunakan di Playstation 4 sebelum 28 September 2018 untuk membolehkan akaun tersebut di gabung.
Jika anda mempunyai dua akaun, dan kedua-dua akaun tersebut hanya digunakan di Playstation 4 contohnya, fungsi ini tidak terbuka untuk kes tersebut. Salah satu akaun juga tidak diharamkan.
Selepas gabungan ini selesai, setiap barangan serta V-Bucks di akaun kedua anda akan dimasukkan ke akaun pertama dan akaun kedua akan ditutup. Proses ini akan mengambil masa 2 minggu, semasa proses ini, V-Bucks anda tidak boleh digunakan.
[info]Fortnite: Account Merge[/info]