Skip to main content

Sekiro: Shadows Die Twice merupakan permainan aksi pengembaraan yang dibagunkan oleh From Software dan diterbitkan oleh Activision. Hari ini, satu lagi video acah buat permainan tersebut dikongsikan. Melaluinya, ia memperlihatkan sejarah silam watak utama iaitu Sekiro.

Ia memperlihatkan Sekiro yang masih kecil di medan perang, beliau diambil dan dilatih oleh seorang watak yang bernama Owl. Di dalam video tersebut juga menyatakan yang Owl tidak menjangkakan yang Sekiro membesar dengan perwatakan beliau sekarang.

Sekiro: Shadows Die Twice akan dikeluarkan pada 22 Mac 2019 untuk Playstation 4, Xbox One dan PC. SIE sebelum ini mengumumkan yang mereka akan membawa edisi terhad permainan tersebut ke pasaran Malaysia.

Leave a Reply