Informasi Permainan Video Terkini
Axiom Verge Kini Boleh Dimuat Turun Secara Percuma Melalui Epic Games Store
PC

Axiom Verge Kini Boleh Dimuat Turun Secara Percuma Melalui Epic Games Store

Diterbitkan pada Feb 8, 2019 oleh .

Seperti yang dijanjikan, setiap 2 minggu Epic Games Store akan menyediakan satu permainan percuma untuk dimuat turun. Sebelum ini pemain diberikan JackBox Party Pack, manakala bermula minggu ini sehingga 21 Februari, anda boleh memuat turun Axiom Verge secara percuma.

Axiom Verge merupakan permainan aksi pengembaraan side-scrolling yang juga boleh katakan bergenre metroidvania. Ia pertama kali dikeluarkan pada tahun 2015 dan dibangunkan oleh Thomas Happ Games.

Epic Games juga mengumumkan yang permainan seterusnya yang akan diberikan percuma adalah Thimbleweed Park yang boleh dimuat turun bermula 21 Februari sehingga 7 Mac.

Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan permainan ini secara percuma sebelum tawaran tersebut berakhir 21 Februari ini.

Epic Games Store: Axiom Verge


TIPS & ULASAN