Skip to main content

Bertahun lamanya, The Dark Knight Rises memegang takhta dengan kutipan paling tinggi buat filem DC. The Dark Knight Rises adalah sebahagian daripada trilogi filem Batman yang terbaik. Ia berada dalam dunia DC tersendiri. Akhirnya, terdapat satu filem DC baru yang telah melepasi kutipan filem Dark Knight ini.

Selepas trilogi Dark Knight, filem DC diteruskan dengan Batman V Superman, Justice League, Wonder Woman dan juga Aquaman. Kesemua filem ini cuba meniru konsep Marvel untuk berkai antara satu sama lain dalam dunia DCEU. Aquaman adalah filem dengan kutipan paling tinggi antara kesemua filem ini, tetapi pada tahun lepas ia masih tidak dapat menewaskan The Dark Knight Rises.

Terkini, akhirnya – Aquaman telah menewaskan The Dark Knight dengan kutipan sebanyak $1,109,142,644 iaitu sekitar RM4.5 Bilion. Kutipan The Dark Knight Rises adalah $1,084,939,099 iaitu RM4.4 Bilion. Adakah Aquaman boleh kekal sebagai filem DC dengan kutipan tertinggi? Atau akan ada filem DC lain yang boleh tewaskannya?

Leave a Reply