Skip to main content

Funko adalah syarikat yang terkenal kerana banyak menghasilkan figura bertemakan watak-watak dari filem, siri TV atau komik yang popular. Terkini, dengan kehangatan filem Captain Marvel yang membara – Funko hadir dengan video acah buat Funko Pop bertemakan Captain Marvel.

Video Acah ini memperlihatkan Captain Marvel berlumba di udara dengan rakan baiknya Maria Rambeau. Captain Marvel kemudian membuat pusingan dan mendarat untuk bertemu dengan Nick Fury. Menjadikan tarikan kepada video acah ini adalah penampilan kucing Captain Marvel, Goose yang comel.

Video acah ini adalah untuk mempromosikan set langganan Funko Pop Captain Marvel Collector Corps. Setiap kotak langganan akan hadir dari 4 hingga 6 buah Funko Pop dengan tema yang berbeza setiap bulan. Sayang sekali, set langganan ini hanya dijual di Amerika Syarikat sahaja.

Captain Marvel adalah filem Marvel dalam fasa ketiga yang akan menentukan nasib pasukan Avengers dalam End Game nanti. Filem Captain Marvel akan ditayangkan pada 8 Mac 2019.

Leave a Reply