Informasi Permainan Video Terkini
Acara The Witcher 3 Buat Monster Hunter World Kini Tiba Untuk PS4 Dan Xbox One

Acara The Witcher 3 Buat Monster Hunter World Kini Tiba Untuk PS4 Dan Xbox One

Diterbitkan pada Feb 8, 2019 oleh .

Seperti yang diumumkan bulan lepas, acara kolaborasi The Witcher 3 buat Monster Hunter World kini tiba untuk Playstation 4 dan Xbox One melalui kemaskini 6.0.0.

Acara ini akan dibahagikan kepada dua bahagian, untuk bahagian pertama pemain akan menjadi Geralt yang memerlukan anda untuk menyelesaikan misteri untuk menyelesaikan “Contract: Trouble in the Ancient Forest”.

Selepas menyelesaikan tugasan tersebut pemain akan mendapat set penuh perisai Geralt α untuk di kraf selain itu pemain juga dapat kraf pedang Witcher’s Silver Sword dan juga set perisai Nekker untuk Palico bersama dengan Cursed Staff α.

Pemain juga boleh bersedia untuk menyelesaikan tugasan bagi bahagian kedua untuk acara ini iaitu “Contract: Woodland Spirit” yang akan bermula pada 15 Februari 2019 sehingga 1 Mac 2019. Watak anda sekurang-kurangnya mempunyai peringkat HR50 untuk melakukan tugasan ini. Ia juga dibuka untuk multi-pemain.

Menyelesaikan tugasan ini pemain akan mendapat set penuh persiai Ciri dan juga pedang jenis Dual Blades. Berdasarkan video yang dikongsi, tampaknya Ciri juga akan membuat penampilan, dan agak masuk akal kerana hanya Ciri mempunyai kebolehan untuk memasuki pelbagai dunia berbeza sesuka hati.

Video tersebut juga memperlihatkan raksasa utama yang perlu diburu adalah Leshen serta Ancient Leshen yang merupakan raksasa di dalam dunia The Witcher.

Bagi pemain Monster Hunter World dan The Witcher 3, acara ini sudah semestinya satu impian yang menjadi kenyataan. Bahkan ia juga disertakan secara percuma.


TIPS & ULASAN