Informasi Permainan Video Terkini
Senarai Penuh Watak Untuk Jump Force Disahkan – 9 Lagi Watak Akan Hadir Sebagai DLC
PC

Senarai Penuh Watak Untuk Jump Force Disahkan – 9 Lagi Watak Akan Hadir Sebagai DLC

Diterbitkan pada Feb 7, 2019 oleh .

Dengan pengumuman Jotaro dan Dio sebelum ini, Bandai Namco mengesahkan mereka sudah mengumumkan kesemua watak-watak yang akan disertakan di dalam permainan pertempuran berdasarkan siri Shonen Jump iaitu Jump Force.

Senarai penuh watak yang diumumkan secara berperingkat sejak ia pertama kali diumumkan pada tahun lepas adalah seperti berikut;

  • Dragon Ball Z
    • Son Goku
    • Vegeta
    • Trunks
    • Frieza
    • Piccolo
    • Cell
  • One Piece
    • Monkey D. Luffy
    • Roronoa Zoro
    • Sanji
    • Marshall D. Teach
    • Boa Hancock
    • Sabo
  • Naruto
    • Naruto Uzumaki
    • Sasuke Uchiha
    • Kaguya Otsutsuki
    • Gaara
    • Kakashi Hatake
    • Boruto Uzumaki
  • Saint Seiya
    • Pegasus Seiya
    • Dragon Shiryu
  • City Hunter
    • Ryo Saeba
  • Fist of the North Star
    • Kenshiro
  • Bleach
    • Ichigo Kurosaki
    • Renji Abarai
    • Sosuke Aizen
    • Rukia Kuchiki
  • Hunter x Hunter
    • Gon Freecss
    • Killua Zoldyck
    • Kurapika
    • Hisoka Morow
  • Jojo’s Bizarre Adventure
    • Jotaro Kujo
    • Dio
  • YuYu Hakusho
    • Yusuke Urameshi
    • Younger Toguro
  • Rurouni Kenshin
    • Kenshin Himura
    • Makoto Shishio
  • Yu-Gi-Oh!
    • Yugi Muto
  • My Hero Academia
    • Izuku Midoriya
  • Black Clover
    • Asta
  • Dragon Quest: The Adventure of Dai
    • Dai

Selain itu mereka juga mengumumkan yang 9 lagi watak akan disertakan sebagai DLC tetapi maklumat lanjut mengenai watak-watak tersebut akan diumumkan kemudian. Kesemua watak di atas juga boleh digunakan secara terus kecuali 2 watak rekaan khas untuk permainan ini iaitu Kane dan Galena.

Jump Force akan dikeluarkan pada 15 Februari 2019 untuk Playstation 4, Xbox One dan PC.


TIPS & ULASAN