Informasi Permainan Video Terkini
Hori Umum Alat Kawalan Fighting Stick Mini Buat Konsol Switch

Hori Umum Alat Kawalan Fighting Stick Mini Buat Konsol Switch

Diterbitkan pada Feb 7, 2019 oleh .

Dengan pelbagai permainan perlawanan yang dilancarkan di konsol Switch, sudah semestinya konsol tersebut memerlukan alat kawalan khas untuk permainan tersebut.

Terkini, untuk mereka yang memerlukan alat kawalan ‘Arcade Stick‘ yang lebih murah, Hori mengumumkan bahawa mereka akan membawa alat kawalan Fighting Stick Mini buat konsol Switch pada April ini.

Melalui alat kawalan ini, ianya kelihatan mempunyai rekaan yang sama dengan Fighting Stick Mini yang dilancarkan buat konsol Playstation 4 sebelum ini. Namun, dengan versi Switch ini ianya mempunyai rekaan label butang kawalan berdasarkan alat kawalan Switch.

Dari segi penyambungan, ianya kelihatan menggunakan penyambung USB, sekaligus untuk menggunakannya pemain perlu meletakkan Switch di dok sahaja.

Bagi anda yang berminat, ianya bakal tiba pada 30 April ini dengan harga sekitar ¥5,378(~RM200).


TIPS & ULASAN