Skip to main content

Xbox Game Pass merupakan servis langganan khas oleh Microsoft yang mana ianya membenarkan pemain untuk melanggan seakan Netflix dan bermain sebilangan permainan-permainan yang tersenarai di Xbox One.

Terkini, Microsoft mengumumkan 6 permainan baharu untuk senarai permainan bagi servis langganan Xbox Game Pass iaitu:

  1. Shadow of the Tomb Raider (7 Februari)
  2. The Walking Dead: The Complete First Season (7 Februari)
  3. Pumped BMX Pro (7 Februari)
  4. de Blob (14 Februari)
  5. Batman: Return to Arkham (21 Februari)
  6. Crackdown 3 (15 Februari)

Crackdown 3 merupakan permainan baharu dan seperti permainan parti pertama yang lain, ia akan terus disertakan sebagai permainan Xbox Game Pass pada hari ia dikeluarkan.

Ini merupakan pengumuman awal, seperti bulan-bulan lepas, Microsoft akan menambah lebih banyak permainan untuk bulan Februari ini. Ia mungkin akan berulang pada bulan ni.

Xbox Game Pass buat masa ini adalah servis esklusif untuk konsol Xbox One dan harga langganan bermula $9.99(~RM41) untuk sebulan. Bagi anda yang berminat, anda boleh melayari laman rasmi Xbox Game Pass untuk informasi lanjut.

Leave a Reply