Skip to main content

Bagi anda yang berminat dengan permainan bergenre penembak pandang pertama, Megaxus minggu ini melancarkan permua baharu khas bergenre tersebut iaitu Fatal Raid: SEA Invasion yang mana ianya kini boleh dimuat-turun di iOS dan Android secara percuma.

Fatal Raid: Sea Invasion merupakan permua penembak pandang pertama yang memfokuskan bentuk pemain lawan pemain. Menurut Megaxus, permua ini bukan sahaja mempunyai bentuk permainan yang pantas malah ianya juga mempunyai pelbagai elemen kompetitif.

Melalui permua ini, Megaxus menyertakan pelbagai mod permainan seperti mod jalan cerita, mod mencabar, mod PVP dan juga pelbagai mod lain. Pemain juga berupaya untuk menaik-taraf senjata dan juga mengubah-suai pelbagai reka bentuk watak.

Selain itu, melalui laman rasmi Facebook permua tersebut, Megaxus juga menyertakan beberapa ganjaran buat pemain dengan memasukan kod “SEAINVASION”. Bagi anda yang berminat untuk mencuba permua ini, ianya boleh dimuat-turun sekarang di iOS dan Android secara percuma.

[download] iOS Muat-Turun: Fatal Raid: SEA Invasion [/download] [download] Android Muat-Turun: Fatal Raid: SEA Invasion [/download]

Leave a Reply