Bagi peminat siri anime terkenal JoJo’s Bizarre Adventure, anda pasti berminat untuk mendapatkan permainan Jump Force yang bakal tiba minggu hadapan dimana hari ini Bandai Namco memperlihatkan watak Jotaro dan Dio dari siri anime tersebut buat permainan Jump Force.

Melalui video acah tersebut, Bandai Namco memperlihatkan serangan ikonik buat kedua-dua watak tersebut iaitu Jotaro dan Dio dimana kedua-dua mereka menggunakan kemahiran Stand mereka.

Ini sekaligus meletakkan sejumlah sebanyak 46 watak setakat ini yang bakal tiba buat permainan Jump Force yang mana terdiri daripada pelbagai watak dari pelbagai siri anime terkenal seperti Bleach, Dragon Ball, My Hero Academia dan sebagainya.

Jump Force akan dikeluarkan pada 15 Februari 2019 untuk Playstation 4, Xbox One dan PC.

Sohor Kini