Informasi Permainan Video Terkini
Ubisoft Umum Kandungan Pasca Pelancaran Buat Trials Rising

Ubisoft Umum Kandungan Pasca Pelancaran Buat Trials Rising

Diterbitkan pada Feb 7, 2019 oleh .

E3 2018 lepas, Ubisoft mengumumkan bahawa mereka akan membawa permainan Trial Rising pada bulan ini. Permainan tersebut merupakan permainan lagak aksi motosikal yang memfokuskan bentuk secara dua dimensi.

Menariknya, dengan pelancaran permainan tersebut yang bakal tiba beberapa minggu ini, Ubisoft berkongsi kandungan pasca pelancaran buat permainan tersebut yang mana mereka menjanjikan pelbagai kandungan baharu bakal tiba dengan pelbagai litar tambahan untuk mereka yang membeli DLC pernambahan.

Selain itu, permainan ini juga akan dikembangkan dengan bentuk bermusim dimana setiap musim akan menyertakan sebilangan kandungan baharu seperti kostum, lagak animasi dan pelbagai kandungan berdasarkan tema bermusim.

Trials Rising bakal dilancarkan pada 26 Februari 2019 ini di Playstation 4, Xbox One, Switch dan PC.


TIPS & ULASAN