Skip to main content

Seperti biasa, di kala perayaan utama Steam akan mengadakan jualan promosi khas bersempenanya. Tahun baharu cina yang diraikan pada 5 Februari lepas adalah di antaranya. Jualan promosi yang kini sedang berlangsung akan berakhir pada 12 Februari 2019.

Kami boleh katakan kebanyakan permainan ditawarkan dengan harga promosi kecuali permainan baharu. Namun, berikut adalah antara permainan yang kami rasakan sangat berbaloi untuk didapati;

  1. Sins of Solar Empire: Rebellion – RM16.25 RM65
  2. Star Control: Origins – RM43.55 RM65
  3. Thronebreaker: The Witcher Tales – RM93.74 RM124
  4. Street Fighter V: Arcade Edition – RM44.50 RM89
  5. Monster Hunter World – RM91.74 RM139
  6. A Hat in Time – RM30.80 RM56
  7. Far Cry 5 – RM52.25 RM209
  8. Assassin’s Creed Odyssey – RM104.50 RM209
  9. Shadow of the Tomb Raider – RM119 RM238
  10. Pillars of the Eternity II: Deadfire – RM52.80 RM80

Pembelian pertama yang bernilai lebih RM60 juga akan mendapat potongan harga sebanyak RM10. Selain itu, Steam juga memperkenalkan sistem token. Token tersebut boleh digunakan untuk mendapat pelbagai penghiasaan profil anda seperti wallpaper dan emoticon untuk chat. Anda juga boleh mendapat potongan harga RM10 dengan menebut 15000 token.

Anda akan diberikan token awal berdasarkan jumlah pembelian anda sebelum ini dan selepas itu setiap RM1 daripada pembelian baharu akan mendapat 59 token ataupun 65 token jika pembelian tersebut adalah hadiah.

Token tersebut hanya boleh digunakan semasa jualan promosi ini sahaja, selepas itu ia tidak lagi bernilai. Oleh disebabkan itu pastikan anda menebus sebelum ia berakhir.

[info]Steam: Jualan Promosi Tahun Baharu Cina[/info]

Leave a Reply