Skip to main content

Sebelum ini, PUBG Corp mengumumkan bahawa mereka akan membawa PUBG dengan sokongan spesifikasi rendah di Thailand, namun kini mereka akhirnya mengumumkan bahawa pemain di Malaysia juga bakal mencuba variasi PUBG tersebut dengan nama PUBG Lite bermula minggu hadapan.

PUBG Lite merupakan variasi untuk permainan PUBG di PC yang boleh dimainkan secara spesifikasi yang lebih rendah dengan bentuk permainan seperti permainan asal PUBG. Bagi anda yang berminat, PUBG Corp juga menyediakan senarai keperluan spesifikasi untuk PUBG Lite:

Spesifikasi Minima

  • OS: Windows 7/8/10 64 Bit
  • CPU: Core i3 2.4GHz
  • Ram: 4GB
  • GPU: Intel HD Graphics 4000
  • HDD: 4GB

Spesifikasi Disyorkan

  • OS: Windows 7/8/10 64 Bit
  • CPU: Core i5 2.8GHz
  • Ram: 8GB
  • GPU : Nvidia GeForce GTX 6600 atau AMD Radeon HD 7870
  • HDD: 4GB

Bagi anda yang ingin mencuba sesi ujian beta terbuka ini, anda boleh memuat-turun permainan tersebut bermula 13 Februari melalui laman rasmi PUBG Lite dan sesi tersebut bakal bermula pada keesokan hari, iaitu 14 Februari kelak.

Namun buat masa ini, PUBG Corp tidak berkongsi sebarang informasi berkenaan tarikh tamatnya ujian Beta terbuka tersebut mahupun sebarang informasi lain. Seperti biasa, kami akan kemaskini jika terdapat sebarang informasi lanjut berkenaannya.

[download] Muat-Turun: PUBG Lite [/download]

Leave a Reply