Informasi Permainan Video Terkini
Dapatkan 3 Permainan PC Secara Percuma Melalui Pembelian Kad Grafik AMD Radeon
PC

Dapatkan 3 Permainan PC Secara Percuma Melalui Pembelian Kad Grafik AMD Radeon

Diterbitkan pada Feb 7, 2019 oleh .

Dengan tibanya pelbagai permainan awal tahun ini, sudah semestinya anda sebagai pemain perlu jimat memilih permainan mana untuk dibeli. Antara permainan yang telah dilancarkan Januari lepas, iaitu Resident Evil 2 dan dua lagi permainan akan datang pada bulan Mac ini, Devil May Cry 5 dan Tom Clancy’s The Division 2, sudah pastinya menjadi kecelaruan untuk bajet permainan video anda.

Namun, berita baik untuk anda yang ingin dapatkan ketiga-tiga permainan tersebut secara percuma dimana AMD hari ini menawarkan 3 permainan tersebut secara percuma dengan pembelian kad grafik AMD Radeon.

Antara kad grafik yang ditawarkan adalah AMD Radeon VII, RX Vega 56 dan RX 590 dimana anda boleh dapatkan melalui pengedar rasmi seperti di Lazada, Thundermatch dan Lelong. Berikut kami sediakan pautan untuk memudahkan pembelian anda.

RX Vega 56

  1. MSI Radeon RX Vega 56 Air Boost 8G OC 8GB (RM 1,499) – Lazada
  2. Gigabyte Radeon RX VEGA 56 GAMING OC 8G Graphic Card (RM 1,849) – Lazada
  3. ASUS RX VEGA 56 STRIX OC 8GB GDDR5 (ROG-STRIX-RXVEGA56-O8G-GAMING) (RM 2,280) – Lelong
  4. Sapphire Radeon Pulse RX VEGA 56 (RM 2,348) – Thundermatch

RX 590

  1. SAPPHIRE NITRO+ RADEON RX590 8GD5 SPECIAL EDITION (RM 1,345) – Lazada
  2. SAPPHIRE ATI RX 590 8GB GDDR5 256BIT NITRO+ SPECIAL EDITION (RM 1,389) – Lelong
  3. ASUS ROG-STRIX-RX590-8G-GAMING # ROG Strix Radeon RX 590 8GB GDDR5Card (RM 1,799) – Lazada

Tawaran ini ditawarkan bermula hari ini sehingga 9 Februari ini sahaja. Namun permainan-permainan tersebut boleh ditebus sehingga 6 April 2019 kelak.

Untuk informasi lanjut bersama dengan cara untuk menebus permainan tersebut, anda boleh melayari laman rasmi AMD.


TIPS & ULASAN