Batman Akan Muncul Dalam Siri TV Gotham

Gotham adalah siri TV DC dalam dunia yang lain. Ia mengisahkan sejarah Batman/Bruce Wayne, kebangkitan penjenayah terkenal seperti Joker, Penguin atau The Riddler dan juga memfokuskan kepada Detective Jim Gordon.

Sepanjang siri TV ini yang sudah berlangsung selama lima musim, ia hanya mengisahkan zaman Bruce Wayne muda dan pengembaraan dan aksi Det. Jim Gordon. Terkini dalam Television Critics Association (TCA) hari ke-sembilan, panel Gotham telah berkongsi butiran mengenai pengakhiran siri TV Gotham.

Batman dikatakan akan muncul dalam Gotham. Batman yang dimaksudkan ini adalah dalam kostum penuh, bukan seperti sebelum ini dengan helmet tebal dan jaket hitam. Tetapi kostum tersebut tidak akan dipakai oleh pelakon David Mazouz, kerana ia direka untuk dipakai oleh pelahak aksi. Walau bagaimanapun, suara dan rakaman jarak dekat adalah pelakon itu sendiri. Jadi, jika anda lihat Batman dalam episod Gotham akan datang – ia hanya akan dilihat dari sudut yang jauh

Sohor Kini