Informasi Permainan Video Terkini
Demo Devil May Cry 5 Kini Boleh Dimuat Turun Untuk PS4 Dan Xbox One

Demo Devil May Cry 5 Kini Boleh Dimuat Turun Untuk PS4 Dan Xbox One

Diterbitkan pada Feb 7, 2019 oleh .

Seperti yang diumumkan oleh Capcom awal bulan lepas, demo buat permainan terbaru bagi siri Devil May Cry iaitu Devil May Cry 5 kini boleh dimuat turun oleh kesemua pemilik Playstation 4 dan Xbox One.

Sebelum ini, demo untuk permainan tersebut hanya dikeluarkan untuk Xbox One. Kami berkesempatan untuk mencuba demo tersebut dan anda boleh membaca pandang pertama kami melalui pautan di bawah.

Bacaan Lanjut: Pandang Pertama – Devil May Cry 5 Demo

Devil May Cry 5 merupakan permainan Devil May Cry seterusnya oleh Capcom. Permainan ini akan dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan PC pada 8 Mac 2019 ini.

PS Store: Demo Devil May Cry 5


TIPS & ULASAN