EA buat masa ini mempunyai 2 servis langganan iaitu EA Access untuk Xbox One dan Origin Access untuk PC. Mereka juga baru-baru ini melancarkan Premium Origin Access yang menyediakan lebih banyak kelebihan.

Semasa laporan kewangan suku ketiga EA, ketua pengawal eksekutif Andrew Wilson mengatakan mereka mempunyai perancangan untuk menyertakan servis langganan bagi platform utama lain. Buat masa ini tiada maklumat lanjut yang dikongsikan.

Platform utama yang dimaksudkan kemungkinan adalah Playstation 4, terutama Switch masih tidak mempunyai koleksi permainan EA yang berbaloi untuk dijadikan sebagai satu servis langganan. Ia juga mungkin untuk peranti pintar.

Kami sudah semestinya berharap EA Access disertakan di Playstation 4 walaupun ia mungkin tidak digemari oleh Sony kerana secara langsung ia bersaing dengan servis PS Plus mereka. Namun, jika Microsoft tidak mempunyai masalah, mungkin Sony juga akan membenarkannya.

Sohor Kini