Sejak kebelakangan ini, Disney aktif dalam mengolah semula banyak filem animasi klasik dalam bentuk aksi-nyata. Ia bermula pada tahun 2015 dengan Cinderella, Beauty and the Beast pada tahun 2017 dan banyak lagi. Sejak tahun 2018, banyak berita mengenai Disney akan hadir dengan lebih banyak filem aksi-nyata untuk tayangan 2019. Salah satunya adalah Dumbo.

Dumbo mengisahkan seekor anak gajah yang dilahirkan dalam sarkas. Keunikan Dumbo adalah ia mempunyai telinga yang sangat besar dan boleh terbang. Pada awal kelahiran Dumbo, anak gajah comel ini menjadi bahan lawak sahaja. Tetapi apabila orang ramai tahu ia boleh terbang – ia menjadi bahan tarikan baru buat sarkas.

Terkini sebuah video acah baru telah pun diterbitkan. Ia memperlihatkan Dumbo, pemilik sarkas Max Medici (lakonan Danny DeVito), bekas selebriti sarkas Holt Farrier (lakonan Colin Farrell) dan anak-anak Milly dan Joe (lakonan Nico Parker dan Finley Hobbins ) dan juga V.A. Vandevere (lakonan Michael Keaton).

Apa yang menarik dengan filem aksi-nyata Dumbo adalah ia diarahkan dan dihasilkan oleh Tim Burton. Tim Burton terkenal dengan membuat filem di dalam suasana yang gelap, pelik atau kadangkala muzikal. Bagaimana idea beliau untuk filem kanak-kanak seperti Dumbo ini, anda boleh lihat sedikit dalam video acah di atas. Apa yang mengejutkan, sinopsis filem aksi-nyata Dumbo ini adalah sedikit berbeza dengan filem animasi klasik Dumbo.

Dumbo akan ditayangkan pada 29 Mac ini, sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini