Skip to main content

Doom Patrol adalah siri TV kedua untuk platform DC Universe. Ia adalah siri TV yang berkait dengan Titans kerana berada dalam dunia yang sama. Kita sudah pun lihat sedikit aksi Doom Patrol dalam Titans, tetapi ketika itu tidak semua ahli Doom Patrol terlibat.

Terkini, DC Universe telah kongsikan satu poster baru yang memperlihatkan kesemua ahli Doom Patrol – termasuk Dr. Niles Caulder atau The Chief. Dalam Doom Patrol, ia akan memperlihatkan watak-watak seperti Crazy Jane, Elasti-Woman, Cyborg, Robotman, Mr. Nobody dan Negative Man. Kesemua ahli ini adalah insan yang hampir mati yang diselamatkan oleh The Chief dengan menjadikan mereka seseorang yang luar biasa.

Ya, ada Cyborg di dalam Doom Patrol – jadi ini bermakna ia langsung tidak berkait dengan dunia DCEU seperti Justice League, Aquaman, Batman vs Superman. Ia adalah dalam dunia DC baru khusus untuk platform penstriman DC Universe. Titans sudah pun disiarkan dalam Netflix untuk siaran global, tetapi Doom Patrol masih tiada khabar lagi. Doom Patrol akan hadir dalam DC Universe bermula 15 Februari ini.

Leave a Reply