Informasi Permainan Video Terkini
Assassin’s Creed 3 Remastered Dikeluarkan Secara Berasingan Untuk PS4, Xbox One dan PC Mac Ini
PC

Assassin’s Creed 3 Remastered Dikeluarkan Secara Berasingan Untuk PS4, Xbox One dan PC Mac Ini

Diterbitkan pada Feb 7, 2019 oleh .

Tahun lepas, Ubisoft mengumumkan Assassin’s Creed 3 Remastered akan diberikan kepada pemain yang memiliki pas semusim untuk Assassin’s Creed Odyssey dan ia tidak dijual secara berasingan.

Hari ini, Ubisoft mengumumkan yang permainan tersebut boleh didapati secara berasingan pada 29 Mac ini untuk Playstation 4, Xbox One dan PC. Edisi yang diolah semula ini akan menyertakan tekstur yang lebih tinggi dan juga menyokong resolusi 4K dan HDR.

Ia juga akan menyertakan penambahan kandungan untuk permainan tersebut iaitu misi Benedict Arnold and Hidden Secret dan juga Tyranny of King Washington. Selain itu, Ubisoft juga mengumumkan Assassin’s Creed 3: Liberation Remastered akan turut dijual pada tarikh yang sama.

Assassin’s Creed 3 bukanlah permainan Assassin’s Creed kegemaran kami, namun ia mempunyai penceritaan yang agak menarik dan mungkin berbaloi untuk dicuba oleh anda.


TIPS & ULASAN