Skip to main content

Nasib IP Star Wars yang diberikan oleh Disney kepada EA untuk menghasilkan permainan video, boleh dikatakan tidak baik. Pada bulan lepas, EA membatalkan projek permainan dunia terbuka Star Wars, iaitu merupakan sambungan kepada satu projek permainan Star Wars yang juga dibatalkan sebelum ini. Permainan Battlefront II pula menerima kritikan atas sistem ekonomi yang digunakan dan tidak mencapai kejayaan seperti yang diharapkan.

Ketua pengarah eksekutif dan juga pengerusi Disney Robert Iger semasa laporan kewangan, mengatakan mereka mempunyai hubungan yang baik dengan syarikat pembangun yang menerima lesen IP mereka, terutama EA dan IP Star Wars. Ini mungkin agak berbeza dengan pandangan pemain yang mengatakan EA membazir peluang untuk menghasilkan permainan berdasarkan IP tersebut dengan lebih baik.

Bahkan ada yang meminta Disney untuk memberikan IP tersebut kepada syarikat pembangun yang lain. Namun, mungkin ia tidak akan berlaku sekurang-kurangnya dalam masa terdekat ini kerana tampaknya EA tidak mempunyai sebarang masalah dengan ‘layanan’ terhadap IP mereka itu.

Selain itu, beliau juga mengatakan sebelum ini Disney telah cuba untuk membangun serta menerbitkan permainan mereka sendiri. Mereka telah membeli studio pembangun dan juga menutup. Mereka menyedari yang ia bukanlah kepakaran mereka dan akan terus terlibat di dalam industri permainan video melalui pelesenan IP mereka. Tambah beliau, cara tersebut lebih ringkas dan murah.

Bagaimana dengan pendapat anda? Adakah berpuas hati dengan permainan Star Wars yang dikeluarkan oleh EA setakat ini?

Leave a Reply