Informasi Permainan Video Terkini
Super Mario Bros. 2 Dan Kirby’s Adventure Adalah Permainan NES Seterusnya Buat Pelanggan Nintendo Switch Online

Super Mario Bros. 2 Dan Kirby’s Adventure Adalah Permainan NES Seterusnya Buat Pelanggan Nintendo Switch Online

Diterbitkan pada Feb 6, 2019 oleh .

Seperti bulan-bulan yang lepas, Nintendo akan mengumumkan beberapa permainan NES baharu yang akan disertakan di dalam perkhidmatan Nintendo Switch Online mereka dan hari ini mereka mengumumkan dua permainan baharu bakal tiba iaitu Super Mario Bros. 2 dan Kirby’s Adventure.

Menurut Nintendo, kedua-dua permainan tersebut boleh dimuat-turun melalui kemaskini aplikasi permainan NES di konsol Switch pada 13 Februari 2019 ini. Sememangnya aplikasi tersebut adalah khas untuk pelanggan Nintendo Switch Online sahaja.

Nintendo Switch Online merupakan servis langganan untuk pemilik Switch yang menyertakan pelbagai kelebihan. Harga langgan adalah seperti berikut 1 bulan – $3.99(~RM16), 3 bulan – $7.99(~RM33), 12 bulan – $19.99(~RM82). Disertakan juga pakej untuk keluarga (seramai 7 orang) dengan harga langganan untuk 12 bulan $34.99(~RM144).


TIPS & ULASAN