Informasi Permainan Video Terkini
Bend Studio Memperlihatkan Dunia Permainan Days Gone Dengan Lebih Lanjut Melalui Siri Video Acah

Bend Studio Memperlihatkan Dunia Permainan Days Gone Dengan Lebih Lanjut Melalui Siri Video Acah

Diterbitkan pada Feb 6, 2019 oleh .

Minggu ini, Bend Studio memperlihatkan dunia permainan Days Gone dengan lebih lanjut melalui siri video yang mana ianya memperkenalkan sebilangan kandungan dan bentuk permainan yang bakal pemain tempuhi.

Melalui saluran Youtube rasmi Playstation, setakat ini terdapat 3 video buat siri tersebut yang mana anda boleh menontonnya di bawah.

Melalui video berdurasikan sekitar dua minit untuk setiap satu, Bend Studio memperlihatkan bentuk dunia terbuka yang mana ianya mempunyai pelbagai kandungan dan lokasi menarik dengan pelbagai ancaman buat pemain.

Selain itu, memandangkan permainan ini memfokuskan kenderaan motosikal, Bend Studio juga memperlihatkan kandungan dan pengubah-suai yang pemain boleh lakukan terhadap motosikal tersebut. Pemain juga berupaya untuk membaiki dan menaik-tarafnya dengan pelbagai peralatan. Menariknya, jika pemain mati, pemain juga akan kembali semula di motosikal pemain.

Musuh atau zombi yang terdapat di dalam dunia Days Gone dikenali sebagai Freakers. Melalui video di atas, Bend Studio memperlihatkan bentuk musuh yang mana mereka mempunyai sebilangan bentuk berbeza seperti Newt, Screamers dan sebagainya. Bentuk senjata juga diperlihatkan dengan pelbagai jenis senjata dan bentuk serangan yang pemain boleh lakukan.

Sebelum ini, Sony Interactive Entertainment juga berkongsi yang mana pra-tempahan permainan ini telah pun bermula dengan harga serendah RM239. Edisi terhad bersama figura khas juga diumumkan dan informasi lanjut berkenaannya anda boleh melayari pautan ini.

Days Gone, iaitu permainan dunia terbuka zombi oleh Bend Studio bakal tiba 26 April 2019 ini secara eksklusif di Playstation 4.


TIPS & ULASAN