Informasi Permainan Video Terkini
Team Ninja Umum Nioh Kini Telah Terjual Sebanyak 2.5 Juta Salinan Sempena Ulang Tahun Kedua
PC

Team Ninja Umum Nioh Kini Telah Terjual Sebanyak 2.5 Juta Salinan Sempena Ulang Tahun Kedua

Diterbitkan pada Feb 6, 2019 oleh .

Team Ninja hari ini mengumumkan bahawa permainan Nioh kini telah terjual sebanyak 2.5 juta salinan. Pengumuman ini juga dibuatkan sempena ulang tahun kedua buat permainan tersebut dimana ianya dilancarkan Februari 2017 lepas di Playstation 4 dan mendapat versi PC pada November 2017.

Sememangnya ini merupakan satu kejayaan yang besar buat pihak Team Ninja dan Koei Tecmo dimana kami sendiri di Aksiz juga sangat menyukai permainan Nioh.

Bagi anda yang tidak mengetahui, Nioh merupakan permainan aksi yang memfokuskan bentuk pertempuran di era samurai Jepun. Permainan tersebut mendapat pujian ramai dengan bentuknya yang sangat sukar dan taktikal. Bagi anda yang menyukai permainan sukar seperti Dark Souls mahupun Bloodborne, anda pasti akan menyukai permainan ini.

Nioh 2, iaitu sekuel kepada permainan tersebut juga telah diumumkan oleh Team Ninja dan Koei Tecmo ketika E3 lepas. Namun, buat masa ini informasi lanjut berkenaannya tidak dikongsikan.


TIPS & ULASAN