Informasi Permainan Video Terkini
Skybound Umum Edisi Fizikal Buat The Walking Dead: The Final Season Bakal Tiba Mac Ini Bersama Episod Akhir

Skybound Umum Edisi Fizikal Buat The Walking Dead: The Final Season Bakal Tiba Mac Ini Bersama Episod Akhir

Diterbitkan pada Feb 6, 2019 oleh .

Skybound minggu ini mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan edisi fizikal buat permainan The Walking Dead: The Final Season pada 26 Mac 2019 ini. Menurut mereka, edisi fizikal tersebut bakal tiba di konsol Playstation 4, Xbox One dan Switch.

Bersempena dengan itu, mereka juga mengumumkan bahawa episod ke-4 ataupun episod terakhir untuk permainan tersebut juga bakal tiba pada 26 Mac 2019 tersebut.

The Walking Dead: The Final Season merupakan permainan berepisod oleh Telltale Studio dan episod pertama permainan tersebut dilancarkan pada tahun lepas di Playstation 4, Xbox One, Switch dan juga PC.

Pada penghujung tahun lepas, studio pembangun tersebut ditutup dan Skybound kini mengambil alih untuk penerbitan dan pembangunan permainan itu. Kami sebelum ini telahpun membuat ulasan permainan ini setakat episod ketiga dimana anda boleh membacanya dibawah.


TIPS & ULASAN