Skip to main content

Microsoft minggu ini mengumumkan bahawa mereka bersedia untuk membawa kit pembangunan permainan yang mana ianya akan membenarkan pembangun untuk menyepadukan fungsi Xbox Live untuk permainan yang dimainkan di PC, Xbox, iOS, Android dan juga Switch.

Namun, fungsi ini hanya akan memfokuskan bentuk sepadu antara fungsi Xbox Live seperti senarai kawan, bentuk fungsi multi-pemain, kejayaan permainan, akses kandungan digital dan sebagainya. Sekaligus, pemain berupaya untuk mengakses kandungan tersebut secara terbina di platform-platform lain.

Walaupun begitu, informasi lanjut berkenaannya tidak diumumkan dan menurut laporan The Verge, segala pengumuman lanjut akan diumumkan ketika acara Game Developers Conferecens (GDC) 2019 yang bakal berlangsung Mac ini.

Seperti yang anda sedia maklum, Microsoft sebelum ini sememangnya membangun satu servis penstriman permainan, iaitu xCloud yang mana ianya dikatakan membolehkan pemain untuk strim permainan di pelbagai peranti lain. Walaupun servis Xbox Live bukanlah membenarkan pemain untuk bermain permainan Xbox, namun ini masih lagi pengumuman yang menarik memandangkan servis tersebut sebelum ini terhad di konsol Xbox dan PC sahaja. Dengan tibanya di platform lain, fungsi rentas-platform tampaknya bakal dikembang oleh Microsoft.

Leave a Reply