Square-Enix minggu ini mengumumkan bahawa permainan Kingdom Hearts 3 telah mencapai jumlah edaran melebihi 5 juta salinan. Jumlah ini adalah hasil edaran permainan fizikal termasuklah jualan permainan digital buat pasaran seluruh dunia dalam masa seminggu ini dimana permainan tersebut baru sahaja dilancarkan 29 Januari lepas.

Menurut Square-Enix, siri Kingdom Hearts 3 telah diedarkan lebih dari 30 juta salinan untuk kesemua sirinya bermula dengan permainan Kingdom Hearts pertama di Playstation 2 pada tahun 2002 lepas. Permainan tersebut kemudiannya dikembangkan dengan lebih dari 6 permainan utama di pelbagai konsol dimana permainan terakhirnya adalah Kingdom Hearts 2.8 yang dilancarkan 2017 lepas.

Kingdom Hearts 3 merupakan permainan aksi RPG yang dibangunkan oleh Square-Enix di konsol Playstation 4 dan Xbox One. Permainan tersebut mendapat sambutan ramai dengan bentuk rentas-francais antara watak Disney dan Square-Enix dan kami di Aksiz juga telah pun membuat-ulasannya dimana anda boleh membaca atau menontonnya dibawah.


Sohor Kini