Capcom minggu ini mengumumkan bahawa permainan Monster Hunter World yang dilancarkan tahun lepas kini mencapai jumlah edaran melebihi 11 juta salinan.
Ogos tahun lepas, kami juga melaporkan yang mana permainan tersebut dianggar telah terjual sebanyak 10 juta salinan dimana ianya sudah pun merupakan nilai yang sangat tinggi buat francais permainan tersebut yang mana ianya juga adalah permainan jualan tertinggi oleh Capcom.
Dengan bakal tibanya pernambahan DLC baharu buat permainan tersebut tahun ini dengan pelbagai kandungan percuma, semestinya permainan Monster Hunter World bakal mendapat pelbagai lagi jualan tambahan menjelang 2019 ini.
Monster Hunter World merupakan permainan aksi RPG yang dibangunkan oleh Capcom buat konsol Playstation 4, Xbox One dan juga PC melalui Steam. Permainan tersebut mendapat pelbagai pujian ramai dengan bentuk permainannya yang menarik bersama-sama dengan pelbagai kandungan percuma yang sering dikemaskini oleh Capcom.